Yang hidup pasti akan pergi.....
Assalamualaikum. Sorry tajuk gempak sgt. Actually nak cerita pasal arwah atok. 

Atok baru sahaja meninggal 22 Januari 2012: 12.30am Dua hari aku tengok kat hospital buat aku risau sgt. Hari pertama aku melawat atok aku terkejut sgt sebab atok dah sakit teruk. Ada org kata atok dah nazak. Tapi ramai yg tak percaya. Lastly ada ustaz tu dtg and bgtahu atok mmg dah nazak. Hari ketiga tekanan jantung atok dah mula rendah. Masatu aku dah mula rasa lain..... Bukan aku je. Anak-anak dia semua dah mula meminta ampun apa semua. Mak Ngah pun suruh aku cakap kat telinga atok. Sebab atok dah takbole bercakap lagi, dia bernafas menggunakan alat oksigen. Tapi aku.... Aku sedih sgt. Aku tak sanggup nak cakap dgn atok. Aku tanak buat atok makin sedih. Airmata atok dah banyak sgt keluar aku tengok. Petang tu aku balik JB sebab baju kat rumah dah bertimbun. Mak suruh basuh. Aku dah settlekan apa semua. Pagi tu mak call abah. Abah cakap atok dah takda. I was like "Haa?" Biasalah, aku kan blur. Bila dah faham hati ni mula laa sebak semacam. Airmata jangan cerita berapa baldi.


Aku mmg tak rapat dgn atok. Org cakap atok tu ego & keras kepala. Biasalah, orang laut. Mungkin aku yg tak reti berkomunikasi dgn atok. Tapi bila dgn bebudak bawah umur 6tahun, dia peluk cium dukung apa semua. Nampak tak kat situ? Dia penyayang sebenarnya.


Aku cuma ada ni je kenangan dgn atok. Lepasni dah takde atok, nenek, nyaie lagi dah. Sebelah abah dua-dua dah takde. Sebelah mak pun dua-dua dah takde. Aku redha. Semoga roh Latif B. Jidin dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam kalangan orang yang beriman. Amin~







Newer Post | Older Post